Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Tuesday, October 29, 2013

:: Love Sweet Family ::






Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, jadikanlah aku menjadi ibu yang terbaik & suamiku menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak kami di dunia & akhirat..
Izinkanlah kami membesarkan anak-anak kami dengan syariat agama Islam & memberi makan-minum kpd anak-anak kami dgn rezeki yg halal..
Izinkan kami nikmati indahnya memberikan kasih sayang kami kpd anak-anak kami..
Kurniakanlah kami keturunan yang menyejukkan hati..

Ya Allah, aku cumalah wanita biasa..
Wanita yang dicipta unt suamiku & anak-anakku..
Jadikanlah aku sbg ibu & jadikanlah suamiku sbg ayah yang mampu mendidik anugerah-Mu ini dgn sebaik-baiknya..

Ya Allah, kuatkanlah kesabaran kami..kuatkanlah kudrat kami..kuatkanlah keimanan kami..
Anak-anakku..jika kalian mengerti..ibu & ayah sangat menyayangimu..

Ya Allah, hanya Engkaulah tempat kami memohon pertolongan..
Amin...


Wednesday, July 31, 2013

:: Pengorbanan yg Indah ::


lama x singgah kat "My Kejora"...this is the story for today......

I have already prepared for this day..i knew  i can face it strongly...i know my situation is not like others..i will survive..
DOAKU :-

Ya allah ku bermohon Kau berilah kami kekuatan di atas pengorbanan kami ini..
berjauhan utk seketika demi tuntutan kerjanya..
Kuatkan lah iman kami dlm mengharungi segala dugaan dan cabaran bersendirian..
Janganlah Kau duga dgn apa yg tidak mampu kami galas di saat kami berjauhan..
Kau peliharalah rumahtangga kami dgn keberkatan dan kasih sayangMu yang Maha Agung...
Berilah kemanisan yang berlipat kali ganda kerana pengorbanan kami ini..
Bukakanlah ruang dan pintu rezekiMu ke atas kami serta utk anak yg bakal lahir nanti..
Berilah kami kekuatan,ketabahan jua kesabaran di saat rindu yg dtg menggamit jiwa...
Di saat bahagia yg dtg menerpa utk merasai kemanisan berumah tangga 
Kau uji kami dgn perpisahan yg sementara ini..
maka Kau jua la tempat kami mengadu kekuatan hati dan iman utk mengharungi segalanya..
Permudahkanlah segalanya Ya Allah..
Aminnnn Ya Rabbal Alamin...


Place : Airport TUDM Subang
Date : 23 Julai 2013
Time : 6.00 PM
Mood  : soooo sad!






Selamat menjalankan tugas di perantauan bt suami tercinta.."kami" akan tunggu ayah balik yer..we will miss u dear...see u nex year..oh lamanya menahan rindu...x pe..syg dan baby akan kuat demi ayah ok..:)) abg syg jaga dri k..jga iman..i love u so much!!!


Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, April 17, 2013

:: Doa utk Kesayanganku ::



************************


***************************

Smoga dipermudahkan segalanya...
Amin Ya Rabbal alamin...

Tuesday, March 26, 2013

:: In 3 Month ::



In 3 month i have to face this....
boleh dikatakan tiap mggu berulang ke hospital..
warded??of coz!!huhu...
wad 3A dah jadi my second room kot..
and...
i have learned something there..
pinjam beberapa baris ayat dr buku yg aku bace utk hilangkan bosan di wad..
kata2 dr saudara hamka :-

Kenapa kdg2 ada doa kita tidak dimakbulkan??
ini kerana.......terdapat kesilapan dlm kita berdoa!

sebagai contoh yg saudara Hamka bagi :
ada hamba allah ini ingin menjadi cantik..
maka dia pun berdoa .. "Ya Allah jadikanlah aku cantik seperti Siti Nurhaliza "
of coz la doa dia tidak dimakbulkan..
tetapi berdoalah dgn cara yg betul seperti :
"Ya Allah jadikanlah aku bersyukur dgn apa saja kurniaanMU.."
Maka..sudah pasti tuhan akan memakbulkan doa itu..
justeru hamba Allah itu merasakan dia tidaklah hodoh mane..cantik jgk..
lalu dia memanjatkan syukur krn Allah telah memakbulkan doanya..Aminnn...

Makanya!!! 
ia telah membuka minda dan hati aku menangani stress ketika mengharungi dugaan selama 3 bulan ini...
aku juga lakukan kesilapan dlm berdoa..kerana..
aku berdoa agar alahan yg aku alami hilang dgn cepat..

tetapi seharusnya..aku berdoa...
"Ya Allah..berikan aku kesabaran dan ketenangan jua redha menghadapi dugaanMU ini..Sesungguhnya dugaan ini sebahagian dr kemanisan dan anugerah yg Engkau berikan padaku..Amin"

dan akhirnya..
di wad..aku mampu mengatasi tekanan yg aku hadapi dgn penuh ketenangan..

Dan kini..
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Syukur Ya Allah...
Saya Sudah Sihat!!!!
Go baby go!!!
jum makan byk2..
supaya cepat besar dan sihat!!!
Terima Kasih Ya Allah..

Published with Blogger-droid v2.0.10



Friday, December 21, 2012

:: Doa seorang Isteri ::



Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..


p/s: Kata org kalau kita rindu seseorg tu..
kita kne doakan dia..huhu...
Buat suamiku : Syg rindu abg sgt2 tau!!
rinduu..rinduuu..rinduuuu...
esok genap 3 bulan aku bergelar isteri..
rasenya baru semalam dgr abah nikahkan aku..huhuhu..
begitu cepat masa berlalu..(:

Friday, September 7, 2012

:: KeranaMU aku menyintainya ::


assalamualaikum..
segala persiapan almost 80%...
alhamdulillah Ya Tuhan..
kerana mempermudahkan segala yang telah kami rancangkan...
Alhamdulillah Ya Tuhan..
kerana memberi hambamu ini merasai erti kasih dan cinta yang tulus..
Alhamdulillah Ya Tuhan..
kerana mempertemukan aku dgn si pemilik tulang rusukku yang benar utk diriku..
Alhamdulillah Ya Tuhan...
kerana segala rezeki jua berkatMU yang Engkau titipkan dlm kasih syg kami...
sesungguhnya aku bersyukur dengan segala kurniaMU yang berikan...
Ya Rabbi..
ku mohon..ampunilah segala dosa2ku...peliharalah daku dari segala kemungkaranMU..
berikan aku berlindung dibawah lembayung kasih sayangMU..
peliharalah rasa kasih dan cinta ini sehingga malaikatMU menjemput kami..
sesungguhnya hanya padaMU aku mendamba segala perlindungan jua kekuatan untuk mengharungi segala dugaan di hari2 mendatang...
KeranaMU aku menyintainya..
dan keranaMU aku menjadi pendamping hidupnya sehingga ke akhir hayatku..
smoga dengan kepeliharaanMU ini menjadikan aku seorang isteri yang mentaati si suami jua menjadi isteri yang mithali dan yang terbaik untuknya...bimbinglah daku Ya Tuhan...amin...


***** Just 4 my future hubby *****


Tq for everything Dear..
I love u...
Counting days : 14days (",)

Saturday, July 28, 2012

:: Menaruh Harapan ::




Semoga segala doa dimakbulkan...
Amin..

Sunday, January 1, 2012

:: Yang dinanti 2012 ::


...... WELCOMING ......




DOA LYZA  :

1) smoga kehadiran tahun baru akan memberi semangat baru kepada keluarga tercinta menghadapi segala dugaan yg harus ditempuhi...smoga segala kelukaan cepat2 berlalu pergi..sembuhkanlah segala yg perit..hadirkanlah segala ketenangan dan kebahagiaan..


2) Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,  jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh..
Smoga rezeki aku ditahun baru ini bertambah baik..bukakan laluan dan jalan untuk ku menyempurnakan segala impian yg telah dirancang...amin...dan aku berharap tercapai impian aku setelah bertahun lamanya berusaha..smoga ia dimakbulkan...Ya allah realisasikanlah impianku yg satu ini..amin!


3) Semoga segala perangcangan di tahun baru ini dipermudahkan olehMU Ya Allah...smoga apa yang dirancangkan mendapat keberkatan jua keredhaanMU..maka..restuilah perhubungan yang telah engkau kurnai kepada kami jua tautkan hati kami  dlm redhaMU dan kukuhkan ikatan kasih syg jua cinta kami sehingga tiba saat  Izrail menjemput kami pulang kepangkuanMU...Ya Tuhanku yg aku cintai..smoga ini yang terbaik dariMU..aku berserah hanya padaMU...



 

Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).


“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”

Saturday, December 10, 2011

:: From Him ::



Puisi cinta yg datang dari hati....

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala


Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.



*Tq syg...terharu bila membaca puisi nih...love u so much!*
Smoga impian jadi nyata...dan diberkati OlehNYA...AMIN...


Tuesday, March 1, 2011

::Doa Dehearty Lyza::


Tuhanku..
Aku berdoa utk seorg lelaki...
yg akn mnjadi sbhagian drpd hidupku..
seorang yg sungguh mencintaiMU..
lebih drpd segala sesuatu..
seorg lelaki yg akn meletakkn aku...
di posisi ke4 dlm hatinya..
setelah ENGKAU,rasul dan umminya...
seorg lelaki yg hidup..
bkn utk dirinya sendiri tetapi untukMU...

wajah tampan.kekayaan dan
daya tarikan fizikal tidaklah penting...
yg penting adalah sebuah hati..
yg sungguh mencintai dan dekat denganMU...
dan berusaha menjadikan...
sifat-sifatMU ada pd dirinya...
dan ia haruslah mengetahui..
bg siapa dan utk apa ia hidup...
sehingga hidupnya tidaklah sia-sia...

seorg yg memiliki hati yg bijak...
tidak hanya otak yg cergas....
seorg lelaki yg tidak hanya menyintaiku..
tetapi juga menghormatiku...
seorg lelaki yg tidak hanya memujaku..
tetapi juga menasihatiku
ketika aku membuat salah...

seorang yg menyintaiku...
bukan kerana kecantikanku..
tetapi kerana hatiku...
seorg lelaki yg dapat menjadi...
sahabat terbaikku setiap waktu...
seorg yg dapat membuatku berasa... 
sabagai wanita ketika aku di sisinya..

Tuhanku...
aku juga meminta...
jadikan aku wanita yg dapat membuatnya bangga...
berikan aku hati yg sungguh menyintaiMU...
sehingga aku dapat menyintainya dgn sekadar cintaku...
amin...

Tuesday, November 23, 2010

::Praying 4 me::


Ya Allah...
Aku berlindung kepada rahmat jua keberkatanMU...
Aku insan lemah yang hanya meminta kepadaMU...

Ya Allah...
Bukakan la seluas-luasnya pintu rezekiMU buatku..
Berikan aku yang terbaik untuk hidupku kini dan akn datang...
Sesungguhnya aku memohon agar dipermudahkan segala urusanku..

Ya Allah...
Berkatilah setiap apa jua yang aku lakukan...
Berikanlah kemudahan untuk aku terus berteduh dibumiMU ini...
Berikan aku kesempatan untuk aku meraih rezekiMU yang melimpah ruah untuk hamba2MU...

Ya Allah...
Seseungguhnya aku insan yang sgt kerdil...
Meminta pertolongan jua perlindunganMU...
Memohon agar dipermudahkan perjalanan hidupku...
Memohon agar rezekiMU masih ada untukku...
Memohon agar aku diberi keberkatan daripadanya...

Ya Tuhan..
dengarilah aku...
makhbulkan doaku..
Amin....

Tuesday, October 12, 2010

::Istiharahku::

Dalam hidup..kita punya byk pilihan..terkadang kita tidak tahu samada pilihan kita adalah yg terbaik tuk dri kita kini atau tuk masa depan..justeru..berbalik la pada yg Maha Pencipta..Mohonlah petunjuk jua jawapan dariNYA..smoga kita bersama2 berjuang tuk pilihan terbaik dlam hidup kita...InsyaALLAH...

Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan.

Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan.
Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari.

Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.

Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan.

Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

Berhentilah mencari mimpi.Berhentilah menunggu petanda.

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah.

Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.

Ia mungkin mainan Syaitan.“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah”[Al-Aa'raaf 7: 30]

Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam :Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkataDaripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu(yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).

Kemudian hendaklah dia berdoa:

Ya Allah,
aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu
dan aku juga memohon ketetapan
dengan ketetapan yang bersandarkan
kurniaan-Mu yang Maha Agung.
Engkaulah yang Maha Menetapkan
sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan.
Engkau Maha Mengetahui
dan aku pula tidak mengetahui.
Engkaulah yang Maha Mengetahui
akan perkara-perkara yang tersembunyi.
Ya Allah,
jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini
(– harus disebut hajat tersebut
atau cukup sekadar meniatkannya
kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu –)
adalah baik untukku pada agama,
kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang),
maka tetapkanlah ia untukku
dan mudahkanlah ia bagiku.
Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini.
Dan andaikata pada ilmu-Mu
sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama,
kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang),
maka hindarkanlah ia daripadaku
dan hindarkanlah aku daripadanya.
Tetapkanlah bagiku kebaikan
dan jadikanlah aku redha dengannya.
amin...

Saturday, October 2, 2010

::Doa dalam hati::


Saya hadiahkan seteguh sayang,
bersama Al-Fatihah yang penyayang....

Saya kirimkan sesuci kasih,
bersama Al-Ikhlas yang suci bersih...

Istimewa buatmu Teman,
semoga rahmat Allah tetap bersamamu...

May everything goods in da world will b yours...

........Takecare.........

Wednesday, August 18, 2010

::Doa Saya::


Di kala malam..dalam sujudku...ini doaku...
smoga termakbul 3 niatku ini...amin...

[1]
Ya Allah..
Limpahkan rezekiMU yang melimpah ruah ke atas ku..
ku mohon keberkatan dalam setiap pekerjaanku...
permudahkanlah jalanku Ya Allah...
(aku mau kumpul dt..then nk further study..)
InsyaALLAH...

[2]
Ya Allah....
berikan aku sejuta kekuatan,ketabahan,kesabaran..
ku mohon jauhkan aku dari kedukaan lalu..

kenangan lalu juga cerita lalu...
luputkan segala2nya dari ingatan..ku mohon..
jangan lagi ia hadir tuk sekian kalinya...

cukuplah...
ku panjatkan syukur atas setiap yang berlaku...

[3]
Ya Allah...
tiada siapa yang tahu isi hatiku melainkan MU...
ku mohon hadirkan takdir yang terbaik utk aku...
aku berserah segalanya padaMU...
Moga ketetapanMU adalah sebaik2 perancangan takdir ku..
smoga masa dan kejauhan menjadi penentunya..
hope dpt jumpe sebelah lg hati itu..

KU HANYA MOHON YG TERBAIK AKAN HADIR...
KU SYUKURI RAHMATMU YA TUHAN...

Monday, August 16, 2010

::Bila Cinta::


Dan bila aku jatuh cinta lagi....

Rabb..
Betapa banyak orang yang mengumbar dusta atas nama cinta…
Aku sama sekali tak mengerti..

Betapa banyak orang yang menangis kerana tersakiti oleh cinta..
Aku tak mengerti..

Tak sedikit orang yang hancur juga katanya karena cinta..
Aku sungguh tak mengerti..

Namun ada pula yang bahagia, juga katanya karena cinta..
Kembali aku tak mengerti..

Rabb..
Pada-Mu ku katakan aku tak tahu apa itu cinta..
Seperti apa jatuh cinta..
Dan bagaimana itu cinta..

Aku pernah menaruh harapan pada manusia,
Namun kekecewaan yang ku dapatkan,
Rabb bila itu jatuh cinta..
Jangan biarkan aku merasakannya lagi..

Aku pernah memelihara kesetiaan pada manusia,
Kembali penghianatan yang kurasakan,
Bila itu disebut cinta,
Kumohon jauhkan aku darinya..

Pernah pula kurangkai mimpi,
Membangun istana yang indah dengan manusia..
Namun semuanya porak-poranda,
Bila itu yang namanya cinta, matikan rasa itu padaku..

Rabb..
Aku hanya ingin jatuh cinta pada seseorang yang juga mencintai-Mu..
Aku hanya ingin menaruh harapan, pada seseorang yang hanya berharap pada-Mu..
Aku hanya ingin memelihara kesetiaan pada dia yang mau menggadaikan diri dan jiwanya pada-Mu..
Aku hanya ingin merajut mimpi membangun seribu istana, pada dia yang merindukan wajah-Mu..

Rabb..
Ini janjiku pada-Mu..
Bila kelak Kau mempertemukan aku dengannya..
Maka Akan ku persembahkan selaksa cintaku padanya..
Menjadikannya satu-satunya perhiasan terindah di mata dan hatiku,
Bukan karena keindahan fisiknya..

Akan ku jaga kehormatannya dengan sebaik-baiknya,
Bukan karena kedudukannya yang tinggi..

Akan kudidik generasi-geberasi penerus kami menjadi generasi rabbani,
Bukan karena kenikmatan dunia..

Namun karena cintaku, cintanya, cinta kami.. Terikat oleh Cinta-Mu..

*ciplak je ni..hikhik..ayat best + ada doa skali...muahahhaha..:)))*


Friday, July 2, 2010

::Lagu Hatiku::


Tidakku percaya seindah bayangan
Dengan kemunculan dirimu
Bagai sempurna kehidupan di dunia
Kau mewarnai hitam putih di kalbu


Kaulah senyuman di sebalik tangisan
Kau mencetus inspirasi hidupku
Memberikan harapan setelah di kecewa
Bagaikan mimpi termakbul menjadi nyata


Kupasti kau hanya
satu di dalam sejuta
Insan teramat dicinta dan teristimewa
Syukur pada Ilahi
kau
anugerah dunia

Ternyata kau hanya
satu di dalam sejuta


Mungkin kau satunya insan dicipta untukku
Memberi semangat dalam ketakutan
Ku mendoakan sejahtera mengiring usia
Kerana dunia tak seindah tanpamu bersama


Tidak kenal erti hampa dan duka
Kau ibarat suria di malam gelita
Tidak mungkin ku seperti dulu
Kerana kali pertama ku mendalami cintaku

============================================

" Ya ALLAH sesungguhnya aku minta petunjuk
yang baik daripadaMU dengan ilmuMU,
aku minta kekuatan daripadaMU dengan kekuatanMU,
aku meminta daripadaMU daripada kelebihanMU yang banyak,
maka sesungguhnya
ENGKAU berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa,
ENGKAU mengetahui
dan ENGKAUlah yg mengetahui perkara2 ghaib...
Ya ALLAH,
jika ENGKAU mengetahui bahawa perkara ini
baik untukku,
pada agamaku,duniaku,
maka tentukannya untukku dan permudahkannya untukku...
jika KAU mengetahui bahawa perkara ini tidak baik
untukku pada agamaku dan duniaku
dan kesudahan urusanku
buat masa kini dan masa akan datang
maka elakkanlah...
tentukan yang terbaik untukku di mana sahaja aku berada..
sesungguhnya ENGKAU berkuasa di atas segala sesuatu"

================================

adakah rasa ini benar???
ku berserah segalanya padaMU Ya RABBI...

Tuesday, March 30, 2010

::Doa Untuk Sahabat::