Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, May 31, 2012

:: Kami & June ::

esok da masuk 1st June...byk perkara sweet yg pernah berlaku dlm bln june...n now ngah planning nk celebrate ulang tahun kelahiran aku di awl bln...n en tunang di akhir bln..or kemungkinn besar x dpt bersama2 di hari yg berkenaan dek kerana en tunang bz dgn kerja luarnya..hukhuk..but its ok...for this year..celebration tuh x menjadi keutamaan..cz ada "celebration" yg lg penting dr nih...weeeeee...waiting n counting for our big day!Insyaallah..:)


jum layan mata for this info..personaliti utk mereka2 yg lahir bulan June..jum tgk perangai aku n en tunang..:p




::::  JUN  :::


Ø Berfikiran jauh dan berwawasan (intelektual)

[ part ni kasi kat en tunang la..dia ag berfikiran jauh kot...kdg2 terlalu jauh..smpi x tercapai dek akal..nape dia pk sampi mcm tu skali..muahahahha..:p ]

Ø Mudah tertawan kerana sikap baik

[hahhaa...baik sgt ni susah jgk..susah org nk lepaskan..pepun..tq Allah sbb kurniakan kebaikan dlm diri sy..sbb tuh en tunang tertawan ngan sy..sbb sy baik kan..hihi..]

Ø Berperangai yang lemah lembut

[lemah lembut aset seorang wanita...erk???:p]

Ø Mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood

[tang ni dua2 sama je..baru je syok2 borak..dan2 pastu hangin je..moody semcm..kalau x sy start dlu..dia akan moody dlu...tp klu sy merajuk..dia akan pujuk..even pujuk2 ni mmg susah tuk dia bt..sbb dia x pndai..tp kne pujuk jgk la kan..muahahahaha..:p]

Ø Idea yang terlalu banyak di dalam kepala

[kne jana idea la..tuk on planning kami..huhu]

Ø Bersikap sensitif

[Saya!!! beselah hati pmpuan sgt sensetif..kne la fhm kan..tp boleh jadi dia ag sensetif dr sy!:p ]

Ø Otaknya aktif (sentiasa berfikir)

[credit this to en tunang]

Ø Suka melakukan sesuatu dengan segera

[ni en tunang ni..x ske lmbt2..smua kne segera..huh]

Ø Bersikap suka menangguh-nangguh

[my bad behaviour:p]


Ø Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
[saya!!!nk yg terbaik kne la memilih yg terbaik..hope x slh pilih la..that my best!]

Ø Cepat marah tapi cepat sejuk

[sllu kne marah ngan en tunang...huhu..walau dia marah kejap je..cepat sjuk..tp merajuk sy yg lama..pdan muka dia kne pujuk kan..ehhehehe..sbb dia pujuk sweet..cyg kamu!!!jgn marah2 eh..]

Ø Suka bercakap dan berdebat

[si dia..kalau berdebat dia je la yg menang..:p]

Ø Suka buat lawak dan bergurau

[dia jgk...sbb wat sy ketawa...satu2 sikap dia bila ngan sy yg dia x penah sedar..]


Ø Otaknya cerdas dan berangan-angan
[syok gak kalau sllu berangan ni...dr angan2 la dtgnya impian dan harapan...]

Ø Mudah dan pandai berkawan

[sy!! sbb sy lebih ramai kawan dr en tunang..:p dia x pndai berkawan..pndai mgarah ke..opssss..sorry koprel :p]

Ø Orangnya sangat tertib

[kami!!! hehhe]

Ø Pandai mempamerkan sikap

[dlu x pndai..sejak2 kenal ngan en tunang..trus pndai..dia pun da tau sy ni mcm mana kan..]

Ø Mudah kecil hati

[sy jgk..dlu x pndai tarik2 muka..kecik2 ati...skrg da pndai..sian en tunang nk layan kerenah sy kn..huhu]

Ø Mudah kena selsema

[kerna antibodi sy sgt lemah..uwaaaaaaaaa...:( ]

Ø Suka berkemas

[kne berkemas la..bru nmpk cantik dan up kn confident level ]

Ø Cepat rasa bosan

[errrr...sy kot! huhu..tp bila lepak kat pndai tempat febret sy..en tunang cepat bosan..ske kecik mata la ape la...org bru nk amik feel pntai..eeeeeee:p]

Ø Bersikap terlalu memilih dan cerewet

[dia la nih..cerewet kalah sy...susah nk cari brg yg dia ske...kalau da ske tuh amik terus la..kalau hold..sure x nk da brg lain..huhu..]

Ø Kurang mempamerkan perasaan

[no one] 

Ø Lambat nak sembuh apabila hatinya terluka

[Saya!]

Ø Suka barangan berjenama

[Dia..ske sgt ngan adidas...sy x branded sgt..ada x pe..x da pun x pe..asal boleh pakai sudah...besederhana ikut kemampuan poket lor...:p]

Ø Kedegilan yang tidak terkawal

[of cos en tunang! dia sgt degil!!! kan???:p tp sllu penuhi apa yg sy nk..tq dear..i love u..]


Tamat..penat den menaip...en tunang da merajuk sbb x layan msj dia..seee???sensetif kan..muahahahhaa...daaaaaaaaa..:p

Saturday, November 27, 2010

::Yang telah ditetapkan::

Ada 4 perkara yang telah Allah tetapkan sejak azali lagi untuk kita....

u know what????

tis....

1) Tarikh lahir kita....

2) Rezeki

3) Jodoh

4) Tarikh mati kita...

Empat perkara yang di atas telah ditetapkan untuk kita..takkan berubah..itulah dia...

saat kita dilahirkan ke dunia..saat kita melihat dunia..saatnya kita mengenali tentang kehidupan..kehidupan yang penuh dengan kasih sayang,kebahagiaan,kegembiraan...dan kita juga diberi kesempatan merasai erti kedukaan,kesedihan,kesusahan....saat itulah kita belajar tentang pelbagai perkara tentang kehidupan..terkadang kita meraih bahagia berjuta...terkadang kita jatuh dalam kedukaan dan dugaan yang terkadang tak terpikul dek hati...di situlah juga kita belajar tentang sabar,tabah,percaya...indah kan??hidup ini sgt indah kalau kita hargai sebenarnya2...

rezeki pasti ada yang ditetapkan tuk kita...kita hanya perlu berusaha tuk rezeki yang luas di bumi tuhan ini...takkan ada yang boleh mengubah seseorang itu..melainkan kita sendiri..maka berusahalah..dan mintalah keberkatan dariNYA tuk apa jua yang kita lakukan..insyaallah..rezeki yang ada itu akan semakin melimpah ruah..kerana DIA maha memberi dan mengasihani...

setiap org di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan...cuma cepat atau lambat sahaja jodoh itu akan sampai..jauh atau dekat...ia tetap tertulis sejak azali...
seseorang yang aku kenali pernah berkata " kita x tau..jodoh di tangan tuhan"..
Ya..betul..jodoh di tgn tuhan..tapi kita jua dikurniakan akal dan fikiran untuk memilih dan membuat keputusan...kita punya hak tuk memilih..maka dengan akal dan fikiran yang dianugerahkan kita harus berfikir agar pilihan kita adalah yang terbaik..yang terbaik adalah yang boleh menyayangi kita keranaNYA..agar titian kasih yang hadir berlandaskan kasih sayang DIA...dan hanya itu yang aku selalu harapkan...kerana kita manusia yang sering lalai dan alpa...kita sering lupa...

maka bila tiba saat kita dijemput olehNYA...bersedialah untuk dihitung..maka..persiapkanlah secukupnya segala amalan untuk bertemu DIA..kerana DIA sentiasa menanti kita di sana..alam yang kekal abadi..

Wednesday, August 4, 2010

::Adakah Dia jodoh kita??::


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Kita membuat perancangan..
Tuhan juga telah merancang...
dan...
perancangan tuhan adalah yang terbaik...

Wednesday, July 28, 2010

::Tangisan Seorang Perempuan::


Jum kongsi info nih..
Mengapa orang perempuan mudah menangis???





Just 4 sharing.......

Tuesday, June 22, 2010

::S.A.Y.A::


Sifat Bulan Lahir untuk
bulan Jun ialah:

# Berfikiran jauh & berwawasan.
# Mudah ditawan kerana sikap baik.
# Berperangai lemah lembut.
# Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
# Idea yang terlalu banyak di kepala.
# Bersikap sensitif.
# Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
# Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
# Bersikap suka menangguh-nangguh.
# Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
# Cepat marah & cepat sejuk.
# Suka bercakap & berdebat.
# Suka buat lawak & bergurau.
# Otaknya cerdas berangan-angan.
# Mudah berkawan & pandai berkawan.
# orang yang sangat tertib.
# Pandai mempamerkan sikap.
# Mudah kecil hati.
# Mudah kena selsema.
# Suka berkemas.
# Cepat rasa bosan.
# Sikap terlalu memilih & cerewet.
# Kurang mempamerkan perasaan.
# Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
# Suka pada barang yang berjenama.
# Mudah menjadi eksekutif.
# Kedegilan yang tidak terkawal.
# Sesiapa yang memuji, dianggap musuh.
# Siapa yang menegur dianggap kawan.

so how???100% corret???
things going be the same...like ordinary..:)
+SWEET JUNE+