Showing posts with label koleksi kejora. Show all posts
Showing posts with label koleksi kejora. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

:: Menanti Pelangi ::


hari silih berganti..
waktu terus berdetik...
bulan berganti bulan..
meninggalkan penantian yg tiada penghujung...

meskipun masa kian berlalu..
biar waktu menginjak hari ke hari..
hati masih menaruh harapan...
mencipta impian indah di titian..
melakar harap penuh kesabaran....

saat ini..sang hati...
redha dengan segala ketetapanNYA...
mencari semula titik permulaan..
meraih sabar dalam harapan..
mencari kekuatan dalam impian..

usaha..doa..tawakal...
jangan berputus asa..
kerana cinta masih memerlukan segenap 
kesungguhan jua kepercayaan itu..
pasti tiba masanya nanti..
InsyaAllah...ada jalannya...

disebalik mendung selepas hujan..
pasti ada pelangi indah dipandangan...


Wednesday, December 28, 2011

::Hanya Untukmu::


✿~ Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..
siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian 
sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..
tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, 
DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, 
memimpinku ke arah tuju yang satu..
bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..
tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN..
aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU..~✿ 


✿~ Andainya kamu adalah JODOHKU yang tertulis di Luh Mahfuz, 
Allah pasti mencampakkan rasa KASIH di dalam hatiAku, 
jua hatimu kali pertama kita BERPANDANGAN..
BAHAGIA itu pasti menjadi MILIK kita, itu janji Allah.. ~✿

Saturday, October 15, 2011

:: Pastikan! ::




bila anda bercinta.
pastikan.
ianya tulus dari hati.
bukan dari rasa simpati .

bila anda bercinta.
pastikan.
ianya cinta dari Ilahi.
bukan dari iblis dan jinni.

bila anda bercinta.
pastikan.
ianya kekal abadi.
bukannya permainan hati.

bila anda bercinta.
pastikan.
anda hargai.
bukan bila SUNYI baru mencari.

Wednesday, March 2, 2011