Wednesday, April 23, 2014

:: For My Doughter ::


Assalamualaikum sofia..hai anak ibu syg..
entry kali ni ibu nk story pasal meaning nama sofia..
hope besar2 nnt sofia baca blog ibu ni..
walaupun andaikata masa tu ibu dah x de ngan sofia..blog ni menceritakan sedikit sebanyak kisah hidup ibu even bkn 100%..mybe it just utk kenangan buat sofia..kalau rindu ibu baca blog ni..n baca jgk al fatihah dan yassin utk ibu tau..:))) ok tetttttttttt..x leh melalut panjang2 sbb ayah bace ni mst dia x ske bila ibu ckp bnda mcm ni..ibu mst kne warning ngan ayah..hehe..x leh drama skit ayah tu..sabooo je la..:)

ok...
SOFIA bermaksud MENAWAN...hadirnya sofia sudah membuat ikatan ayah dan ibu kian utuh..sofia telah menawan hati kami utk bersatu kian erat demimu wahai anak...ayah sllu puji sofia comel..besar nnt mst cantik anak dara ibu ni kan..so kne jaga keperibadianmu ye..sikapmu tutur katamu hatimu..semoga itu smua mmpu menawan sesiapa sahaja yg berkawan denganmu..namun jaga dirimu jaga imanmu..ibu percaya sofia mmpu menjaga diri sofia dgn baik..jadi muslimah yg sejati ye insyallah..

NUR bermaksud CAHAYA...ibu letak nur kat nama sofia last minute 1 day b4 sofia lahir..nama sofia acctully dah berbulan lamanya ibu n ayah decide nk letak nama tu..excited sgt kan..hihi..cme bila dah nk deliver tu ibu ckp kat ayah letak nur (cahaya) kat nama sofia..moga2 hidup sofia sentiasa disinari cahaya..andai mendung mendatangi hidupmu insyaallah ia x lama..kerana cahaya akan selalu menerangi hidupmu..sofia takkan sesat dalam kegelapan..kerana sofia ada nur (Cahaya)..

AZALEA bermaksud KEKAL ABADI/BUNGA...sebenarnya ibu puas google nama azalea ni..yg biasa2 ibu jmp maksud kekal abadi..but ibu google 1 page ni..mybe indonesia punye page..describe nama azalea ni sebagai bunga..ibu suka bace entry page tu..

....Sumber Wikipedia menyebutkan, Azalea adalah jenis tanaman berbunga dari keluarga Ericaceae dan genus Rhododendron yang tumbuh di wilayah beriklim sedang. Azalea sendiri berasal dari sebagian besar Asia Timur dan Amerika Utara. Pada habitat liar Azalea tumbuh di hutan dan wilayah berawa dengan warna bunga merah, kuning, putih, pink dan ungu.Azalea mengandungi makna KESABARAN dan KEIKHLASAN (take care your self for me), seperti dihabitatnya yaitu hutan, bukit, dan rawa. Dan tanpa perlakuan khusus Azalea bisa tumbuh dan bertahan hidup hingga musim semi tiba, mekar dengan warna-warni yang mempesona.Tanaman Azalea ini mampu menyerap karbondioksida dan memancarkan aura dingin bagi lingkungan disekitarnya. Sehingga Azalea mampu memberikan kesejukan, membawa kedamaian dan membuat suasana hati menjadi tenang.

kerana keindahan bunga azalea ini siap ada puisi lagi diabadikan untuk bunga ini...

When you leave,
weary of me,
without a word I shall gently let you go.
.
From Mt. Yak
in Yongbyon
I shall gather armfuls of azaleas
and scatter them on your way.
.
Step by step
on the flowers placed before you
tread lightly, softly as you go.
.
When you leave
weary of me,
though I die, I’ll not let one tear fall

meaningful kan sofia..besar nnt sofia faham la maksud puisi ni..
persamaan sifat bunga ini hampir sama dgn sofia..when u are 40days sofia penah kena admitted hospital kerana suspect ada prob dlm usus..ayah sofia keje jauh..ibu yg ada dgn sofia..tp ayah penguat semangat ibu dan sofia kat hospital..walaupun sakit ibu tgk sofia kuat smgt sgt..doktor kat hospital semua ske sofia sbb sofia bdk pndai...doktor ske..sofia x nangis kene cucuk n time kne cuci usus..ibu kagum dgn sofia..
sofia tau tak..sofia memberi ketenangan pada ibu dan ayah..ayah ckp kalau tgk sofia sejuk je hati sbb ayah tu garang tau..hehe..skit sebyk sofia dah buat ayah jd sejuk skit dgn hadirnya sofia.

sofia..jadilah seperti bunga azalea..hidup di mana sahaja tetap mekar yang menyejukkan suasana..semailah sifat sabar dan ikhlas dalam diri insyaallah sofia akan disenangi org..walaupun dicampak kemana shj di bumi allah yg luas ini..mampu menjaga diri dgn keimanan yg kukuh..

seperti bunga azalea "take care your self for me" syg ibu...jaga diri sofia utk ibu..utk ayah..jaga maruah sofia sbg perempuan besar nnt ye..tetapkan hati..tetapkan iman.sentiasa percaya Allah itu selalu ada utk sofia..ketahuilah wahai anak..doa ibu selalu mengiringi selangkah sofia melangkah..ibu akan sllu doakan sofia diberikan kesihatan yang baik..akal yang bijak.. keperibadian yang baik..smoga sofia adalah insan yg bertuah..dan mendapat kebahagiaan jua kegembiraan dlm hidup..andai dugaan dan kegagalan mencul dalam hidup sofia..ibu tau sofia x mudah patah semangat..wake up!!and fight again..dun ever give up..

panjangnye ibu membebel..hehe..biarlah org lain x larat baca..entry khas ni utk sofia..sofia kne baca nnt tau!:)
lastly utk sofia..jgn lupa yg dibawah tika sofia di atas..jgn sesekali lupa tiang agama...jgn lupa Tuhan..insyaallah sofia akan selamat dunia dan akhirat..

kasih syg ibu utk sofia tak terhitung banyaknya..ibu love u syg! 

"takecare ur self for me"..

0 comments: