Tuesday, May 18, 2010

::Satu Erti Kasih::


Pada suatu hari di sebuah sekolah, ketika kelas bahasa melayu berjalan, seorang murid bertanya sesuatu pada gurunya. Ketika itu, Cikgu tersebut sedang mngajar tentang kasih sayang..….

Murid:
“Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana jugak kasih sayang tu nak berkekalan?” soal murid tersebut kepada Cikgunya.

Cikgu:
“Erm, kalau kamu nak tahu, kamu kena buat apa yang cikgu suruh."


Murid:
“Kena buat apa cikgu?” tanya murid tersebut kebingungan.


Cikgu :
“Kamu pergi ke padang, kamu berjalan kat padang tu, sambil pandang rumput yang ade di depan kamu. Pilih rumput yang paling cantik yang kamu jumpa, tapi dengan syarat kamu tidak boleh menoleh ke belakang. Ingat tu, tanpa menoleh ke belakang, kamu kena pilih satu sahaja rumput yang paling cantik” arah Cikgu itu kepada muridnya


Walaupun masih kebingungan, murid itu menuruti sahaja arahan Cikgunya tadi. Dengan perasaan ingin tahu, murid tersebut ke padang sekolah yang terletak di depan kelasnya sahaja. Selepas beberapa ketika, murid itu pulang semula ke kelas, namun tiada sehelai pun rumput di tangannya. Lantas Cikgu terus bertanyakan perihal itu kepada muridnya.

Cikgu :
Kenapa tiada rumput yang di pilih?


Murid:
“Tadi semasa saya berjalan, saya cari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak rumput yang cantik, tapi tadi cikgu cakap petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang seperti yang cikgu arahkan tadi. Tapi………”


Cikgu :
“ Tapi apa?” celah Cikgu itu


Murid:
“Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun rumput yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik” terang murid itu kepada Cikgunya.


Cikgu :
“Ya, itulah jawapan bagi soalan kamu tadi” cakap Cikgu tersebut sambil tersenyum sinis.


Setelah melihat muridnya mengaru-garu kepalanya, Cikgu tersebut menerangkan maksud di sebalik apa yang disuruh muridnya lakukan sebentar tadi.

Cikgu:
“Itu maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Dan jangan juga kita menoleh ke belakang lagi kerana apa yang berlaku tetap berlaku, tiada apa yang akan mengubah masa lalu. Apa yang kita mampu ialah berdoa agar apa yang telah berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah orang yang paling cantik dan paling baik, walaupun kalau nak di ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti kisah rumput tadi…....

2 comments:

Keyrah Leyla said...

sy sgt setuju ngan kata2 cikgu tersebut...:)

lyza_kejora said...

bagos ank murid sorg nih...muahahahaa...:)