Friday, February 5, 2010

::Wishes::


"Kalau boleh senang, mengapa pilih susah? Kalau boleh bahagia, kenapa pilih derita? Hidup bukan keputusan antara 2 pilihan..Tetapi hidup adalah muktamad..Bukan salah orang lain..Bukan kerana orang lain atau bukan kerana nasib..Kita adalah pilihan diri kita sendiri.."
SEINDAH SAKURA>

Aku rasai ketenangan dlm hatiku kini..Mgkin sesekali bila terkenang hati rasa resah..Namun bagi diri...Jalan di depan mungkin adalah yang terbaik untukku kini..Apa guna bahagia andai hati tiada ketenangan..Apa guna memiliki andai hati hilang keyakinan..Tiada guna merintih.. Lantaran masih banyak lagi puncak indah yang belum diteroka...

Setiap orang mungkin punya matlamat dan prinsip tersendiri..Bagiku nilai kasih sayang itu mahal harganya..dan kasih sayang itu bukan satu pertaruhan...Mengalah dan memberi maaf bukan beerti kalah..Ia hanya mengutamakan kasih sayang yang di anugerahkan Tuhan..Tuhan tidak mengurniakan hati untuk saling membenci atau bermusuhan..Tetapi untuk saling menyayangi jua menghargai..Bersyukurlah kerana diri masih boleh menikmati anugerah itu..Dan maafkanku andai setiap baris kata bisa mengundang perit di hati..dan jua kemaafanku tidak pernah hilang saat ia diperlukan..

Ku syukuri lantaran pintu kebahagian masih ada di depan mata...Kehilangan itu bukan pengukur pintu kebahagian telah tertutup..Kita punya pilihan..Dan aku memilih untuk terus mengejar impian itu..Kita patut tahu apa yang kita mahukan dalam kehidupan..Kerana kita hidup bukan untuk hari ini..Masih jauh perjalanan yang akn ditempuhi..

Hidup ini bukan untuk disesali...Jangan sesali jalan itu..Kerana kamu tahu apa yang ada di depan..Hidup ini bukan untuk di tangisi..Berjuanglah sehingga ke kudrat yag terakhir..Hargailah apa yang kamu ada..Hargailah hati yang setia menanti kasihmu di sisinya..Mungkin itu adalah yang terbaik.. Belajarlah untuk menyayangi jua menghargai.. Ikhlaskan hatimu menerima takdir yang tersurat ini..Aku berbangga menjadi diriku..Aku berbangga kerana aku berjaya melakukan ini dengan baik..Ku tahu..Kamu jua begitu..Bergembiralah..Berbahagialah..Jangan sesalinya~~


+KASIH SAYANG BUKAN SATU PERTARUHAN+

Ku sujud padamu Ya rabbi..
ketenangan milikku kini...
coretan ini diilhamkan pada pukul 03.13 pagi..
setelah aku dikejutan dari lena mimpi tidurku..
aku bersujud memohon senyum tawaku di hari2 yg akan datang..
mesej itu ku biarkan tanpa balas..
then..tido smula..
empuk tilam mmbuai tidurku sampi pagi..:)

0 comments: