Monday, February 15, 2010

::cinta!!::

tak usahlah sebut pasal cinta,
jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah...
tak usahlah bercakap tentang perasaan,
jika ia tidak berada di hati anda..
tak usahlah menunjuk ke dada,
jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda...

tak usahlah sebut cinta abadi,
jika ada di hati anda untuk berpisah...
tak usahlah memandang anak matanya,
jika anda berbohong kepadanya...
tak usahlah katakan hai,
jika kelak anda akan mengucapkan selamat tinggal..
tak usahlah katakan dia satu-satunya,
jika ada orang lain di sisi...
tak usahlah kunci hatinya,
jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak...

Cinta telah dibekalkan kepada setiap insan..
dengan cintalah kehidupan dapat dijalani dengan penuh kenikmatan...
tanpa cinta semuanya hambar,
ibarat kopi tanpa gula dan susu...

tapi tak usahlah sebut cinta abadi,
jika ada di hati anda untuk berpisah...
perkataan cinta memang mudah dan indah disebut...
tapi tak usahlah mempermainkan perkataan ini,
jika tersembunyi niat2 yg tidak baik di hati anda terhadap pasangan anda itu...
anda tidak layak melahirkan perkataan ini,
jika ia bertentangan sama sekali dengan apa yang tersembunyi di hatimu...

memang sesuatu yang kita pandang dari jauh,
kelihatannya lebih memikat sehinggalah kita dekati...
seperti kita menyangka pantai selalunya nyaman udaranya dan halus pasirnya...
tetapi setelah didekati, tidak sepanjang masa bayu laut menghembus..
tidak semua pantai pasirnya halus dan bersih..

apa yang kita mahukan dari sesebuah perhubungan??
dan perkahwinan itu satu kemuncak kebahagiaan...
Ia bagaikan stesen menyediakan sebanyak2 bekalan
sebelum beralih ke kehidupan yg abadi..
malang sungguh jika anda menjadikan perhubungan itu
sbg stesen penghimpun dosa,
sbg stesen menyeksa kehidupan anda sendiri
yang sepatutnya anda kecapi
dengan penuh kenikmatan dan kebahagiaan bersama...

kasihanilah diri anda sendiri
kerana fitrahnya ia memang sentiasa mahu bahagia...
titipkanlah rasa cinta,
kerana hanya kitalah makhluk yang dijadikan ALLAH
mampu melafazkan perkataan ini untuk dinikmati..
buktikan kita insan bahagia,
agar kebahagiaan bermula di sini
dan berkekalan di sana............

+H.M.Tuah Iskandar+

"Senyuman itu lukisan rahsia hati..."

0 comments: