Wednesday, September 30, 2009

terima kasih teman..



Maafkan aku teman..

Kerana hati tidak mampu melepaskan..

Kerana diri begitu ego mempertahankan..

Satu rasa yang tiada kesudahan..

kerana jiwa yang ketandusan..


Maafkan aku teman..

tika ada air mata mengalir di pipi..

atas silapku yang berulang kali..

pabila kehendak hati sering membatasi..

pada kasih yang telah lama mati..


Maafkan aku teman..

andai aku telah melukakan..

kerana aku tidak rela untuk kehilangan ..

satu ikatan persahabatan..

yang tiada sempadan..

yang tiada tandingan..


dan..


Terima kasih teman..

atas sokongan yang kau beri...

tika aku rebah ke bumi..

pabila aku terkadang tidak memahami diri..

tika aku menahan tangis di hati..

pabila ego membatasi hati ini..


Terima kasih teman..

aku ada pabila kau memerlukan..

tak kan ku biar kau disakiti..

tak kan ku biar kau menangisi lagi..

tak kan ku biar kau bersendiri..

kerana kau layak menikmati..

bahagia yang hakiki..







Monday, September 21, 2009

pagi raya.............

saat laungan takbir di dengari..
mata bertatap lagi..

kepada Ilahi ku syukuri..
untuk nikmat yg sungguh beerti..


mata bertatap lagi..

mananti ucapan yang tiada didengari..

hanya hati bisa merasai..

di saat diri terus kaku begini..


mata bertatap lagi..

merungkai persoalan di hati..
menyambut salam yg di beri..

memohon kemaafan diri..

mata bertatap lagi...
senyum indah terukir berseri..
untuk detik yang tiada disangka terjadi..
mungkin juga Allah Maha Mengetahui..
segala yang di sini..

mata bertatap lagi..

untuk lebaran kali ini..
untuk lebaran yang penuh erti..

untuk pertemuan yang sangat disyukuri..

tanpa sengketa dan benci..

mata bertatap lagi..
tika genggam
erat itu dirasai..
hanya rindu merangkai dua hati..
smoga Tuhan sentiasa memberkati..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Sunday, September 20, 2009

selamat hari raya


Jika langkah membekas lara.. Jika kata merangkai dusta.. Jika tingkah menoreh luka.. Jika suara menikam rasa... Ampun & Maaf di pinta.. Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Thursday, September 17, 2009

12 cara..

12 Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...

12:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.


11:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5:
Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.

4:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

Wednesday, September 16, 2009

smile...

Tuesday, September 15, 2009

andai..

Andai aku salah, Ya Tuhan berilah aku petunjuk..
Andai aku betul, Ya Tuhan berilah aku kekuatan..
Andai aku sedih, Ya Tuhan berilah aku ketabahan..
Andai aku gembira, Ya Tuhan berilah aku kesyukuran...

Friday, September 4, 2009

a winner..


kadang-kadang kita tak tahu aper yang kita nak dlm hidup ni..sampailah satu masa kita sedari kita byk lepaskan peluang yg hadir..jarang menghargai aper yg ada depan mata kita..bila meletakkan diri dalam tahap ego yg paling tinggi, sebenarnya kita x pernah untung aper2...yg ader hanya kesakitan menahan rasa ego itu sendiri..mungkin kdg kala diri kita enggan beralah dan terus terusan mengejar sesuatu yang tidak tahu ader untung atau ruginya...yang kita tahu di depan semua org yg mengenali kita, kita seolah2 tenang menghadapi aper jua yg datang. miskipun pada dasarnya kita tahu kita sendiri tidak mampu menghadapinya..hanya kita yg tahu hati kita sendiri..ader perkara yang tidak mampu kita lepaskan, tetapi kita perlu lepaskan. tapi bila da lepaskan knape masih ader perkara yg mengikat? ader perkara yang kita x ingin ia hadir tapi ia tetap muncul dalam kisah hidup kita. bukankah seme itu seolah2 satu permainan yg kita cipta sendiri? mengapa harus kita terus bermain sedangkan perkara itu x pernah menuntut kemenangan. tapi kadang-kadang syok gak sme ni..bru hidup ini menarik untuk di lalui..cabaran itu mematangkan diri..rugilah pada mereka yang tidak tahu aper yg dia nak dalam hidupnya..seolah2 aper yg dia jalani hanya sia2 tanpa merasai nikmat kehidupan itu sendiri.. lagi rugi pabila mereka hanya mengikut jalan yg ader di hadapan tanpa arah tujuan yg pasti..tidakkah seme itu sia2? betul..seme perkara yg terjadi terletak di tangan tuhan, kun fa ya kun..namun bukankah kita punya pilihan dlam hidup ini..bukankah pilihan itu di tangan kita sendiri? miskipun kadang kala pilihan kita sedikit tersasar, namun kita masih boleh berbangga kerana kita pernah mencuba yg terbaik..berusaha menjadikannya sempurna..wlapun aper yg kita inginkan tidak secerah impian yg di impi..namun seme tu mesti ader kebaikan yg tidak dapat kita tafsirkan. kalah atau menang bukan persoalan utama..sekurang2 kita telah menang untuk diri kita sendiri dan yakinlah kehadiran kita pasti meninggalkan kesan jua untuk setiap perkara yg berlaku itu...kadang-kala hidup ini merumitkan..tapi kita tahu seme tu memg da lumrah..asam garam kehidupan..bru hidup jadi interesting..ader cabaran..itu sme mencorakan warna warni dalam hidup.huhu...tuhan itu maha adil..maha mengetahui perkara yg tidak kita ketahui..percayalah..

Darinya...

Awie

"Ukiran Jiwa"

Kedamaian yang ku cari
Masih belum terbukti
Jauh lagi perjalanan ini
Jiwa tak pernah tenteram
Kasih lama tenggelam
Di lubuk hati yang paling dalam
Berlumutlah ukiran impian
Entah berapa lama
Harus ku nanti
Sinar kasih sayang menyinari kembali
Dengan nada lagu dan irama
Ku luahkan jua rasa kecewa
Semoga kau dapat mendengarnya
Semoga terbuka pintu cinta... mu
Yang pasti hujan tak berterusan
Matahari kan tetap terus bersinar
Kini terbukti apa yang di nanti
Dengan rela ku lepas kau pergi
Telah sedekat kenangan terpahat
Di ruang tak bertempat oo... ho...
Dengan nada lagu dan irama
Ku luah kan jua rasa kecewa
Pada cinta yang dahulu kita
Ukirkan bersama...
Di ruang asmara
Di bumi yang nyata
Di dunia kita...

oooo...

Oh GOD...

i want myself back!!!



Thursday, September 3, 2009

Doa untuk Sahabat...

Wahai Maha Penyayang,
jika sahabatku kasih,
biarlah kasihnya itu,
kepada mereka yang mengasihiMu..
agar sahabatku tidak lalai merindui syurgaMu...
Wahai Maha Pengasih,
Jika sahabatku rindu,
rindukanlah dia kepada
seseorang yang merindui syahid di jalanMu...
Wahai Maha Penyayang,
Jika sahabatku jatuh cinta,
benihkan cintanya kepada
seseorang yang melebihkan cinta kepadaMu...
agar bertambah kekuatannya
untuk mencintaiMu...
dan jika sahabatku jatuh hati,
izinkanlah dia memyentuh hati
orang yang hatinya tertaut kepadaMu...
agar sahabatku
tidak jatuh ke jurang cinta yang murah!!

Ya Allah makhbulkan doaku..

Dariku Untukmu..


Wednesday, September 2, 2009

kasih...

satu ungkapan...seribu pengertian...
kadang kala sukar untuk di tafsirkan...
pabila kasih jadi taruhan..
bagi insan di bumi Tuhan...
jawapan tercari-cari..
untuk satu persoalan hati..
kerana tiada yang mengerti..
mengapa?
begitu sukar meninggalkan?
jejak2 yang telah di tinggalkan..
mengapa?
begitu payah untuk menghindari...
ingatan yang datang menghampiri..
pergilah kenangan...
hadirlah harapan...
diri enggan menoleh lagi..
walau redup mata itu ditatap kembali..
walau hati masih ada getarnya...
walau rindu itu ada sambutnya..
lepaskan genggam erat tangan ini..
biarkan kasih ini berlalu pergi...
izinkanlah duhai yg mengerti...


it's a promise..

MENAGISLAH DI BAHUKU..(FIRDAUS)

kau datang padaku seperti biasa
ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)

p/s : jge my sis bebetul..never hurt her!smga berbahagia slalu..sincere from my deep heart...~jgn marahkan nyamuk,kelambu di bakar~so sory...

sesuatu tentang wanita..

wanita....wanita...wanita...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. ( yer ker? huhu..besela wanita pun ader egonye sendiri beb!!)

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. ( sory seems to be the hardest word? hehe...)

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). ( betui2...99% setuju..tapi x ler sampai nak bunuh diri terjun lombong..hehe ..:p)

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. ( maybe la kot...tiru stail amoi ckp...hehe..)

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! ( coklat? yum2 bestnya cadbury...)

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.( x ske la..kdg2 bukan ikhlas pun..agpun x bek bangga diri..haha)

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. ( x ske la kne paksa2..hati perasaan mane leh paksa kn..tapi in case yg dipupuk2 then ader rase tu mcm ne plak ek? tah la..lu pk la sndiri...huhu..)

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. ( be a fren is a better way)

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. ( betoi2..mcm aku...hehe..puitis beb..jiwg karat wa ckp sama lu..haha..)

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. ( tiap org kn ader gud n bad..accept that,buddy..)

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. ( x ske lelaki serius..x fun lgsung..)

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. (excited sgt la tu..hehe..im will keep it as a secret first..wat2 jual mahal..no diskaun2..haha..)

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. ( senyuman itu satu sedekah..)

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. ( yup..its true..so lets begin from friendship, dear...:p)

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. ( tau x per..kne la wat2 fhm sendiri..yg bertuah jer dpt kuar ngan aku ni..haha..)

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. ( ermm..no komen..)

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! ( adakah instict kita slalu tepat?..)

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal .( lum sampai jodoh la time tu..DIA maha mengetahui..)

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. ( klakar la plak..haha..ader ker guys mcm tu?)

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. ( huhuuhuhuuhu..)

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! ( first luv is a grest feeling but mybe second luv is the greatest more..who know?...

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. ( iyer..betul..tu pun cukup sekadar penghargaan n secebis ingatn nan tulus..cewah2..hehe)

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. (my heart is my besfren)

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. ( so pmpuan jgn cepat perasaan..lelaki ni kdg2 ader yg hipokrit giler..hate that!!)

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. ( only GOD knows)

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. ( i luv that one's...)

27. Senjata wanita adalah airmata!! ( sure..lelaki tewas ngan air mata pmpuan..cubalah if x cye..aku da wat kajian..90% betul..iyerrr laaaa...)

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.( thanx...)

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... ( aku x mudah jatuh cinta..:p..who's the lucky one's?jeng2...dun no...)

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
"
andai aku diberi secebis kejujuran...
akan ku hampar segunung keikhlasan...
andai aku diberi segenggam kesetiaan....
akan ku bentangkan selaut pengorbanan...
andai aku dicurah setitis kasih...
akan ku siram hujan kerinduan..." :p