Wednesday, September 2, 2009

sesuatu tentang wanita..

wanita....wanita...wanita...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. ( yer ker? huhu..besela wanita pun ader egonye sendiri beb!!)

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. ( sory seems to be the hardest word? hehe...)

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). ( betui2...99% setuju..tapi x ler sampai nak bunuh diri terjun lombong..hehe ..:p)

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. ( maybe la kot...tiru stail amoi ckp...hehe..)

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! ( coklat? yum2 bestnya cadbury...)

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.( x ske la..kdg2 bukan ikhlas pun..agpun x bek bangga diri..haha)

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. ( x ske la kne paksa2..hati perasaan mane leh paksa kn..tapi in case yg dipupuk2 then ader rase tu mcm ne plak ek? tah la..lu pk la sndiri...huhu..)

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. ( be a fren is a better way)

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. ( betoi2..mcm aku...hehe..puitis beb..jiwg karat wa ckp sama lu..haha..)

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. ( tiap org kn ader gud n bad..accept that,buddy..)

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. ( x ske lelaki serius..x fun lgsung..)

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. (excited sgt la tu..hehe..im will keep it as a secret first..wat2 jual mahal..no diskaun2..haha..)

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. ( senyuman itu satu sedekah..)

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. ( yup..its true..so lets begin from friendship, dear...:p)

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. ( tau x per..kne la wat2 fhm sendiri..yg bertuah jer dpt kuar ngan aku ni..haha..)

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. ( ermm..no komen..)

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! ( adakah instict kita slalu tepat?..)

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal .( lum sampai jodoh la time tu..DIA maha mengetahui..)

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. ( klakar la plak..haha..ader ker guys mcm tu?)

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. ( huhuuhuhuuhu..)

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! ( first luv is a grest feeling but mybe second luv is the greatest more..who know?...

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. ( iyer..betul..tu pun cukup sekadar penghargaan n secebis ingatn nan tulus..cewah2..hehe)

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. (my heart is my besfren)

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. ( so pmpuan jgn cepat perasaan..lelaki ni kdg2 ader yg hipokrit giler..hate that!!)

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. ( only GOD knows)

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. ( i luv that one's...)

27. Senjata wanita adalah airmata!! ( sure..lelaki tewas ngan air mata pmpuan..cubalah if x cye..aku da wat kajian..90% betul..iyerrr laaaa...)

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.( thanx...)

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... ( aku x mudah jatuh cinta..:p..who's the lucky one's?jeng2...dun no...)

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
"
andai aku diberi secebis kejujuran...
akan ku hampar segunung keikhlasan...
andai aku diberi segenggam kesetiaan....
akan ku bentangkan selaut pengorbanan...
andai aku dicurah setitis kasih...
akan ku siram hujan kerinduan..." :p








0 comments: