Wednesday, September 30, 2009

terima kasih teman..



Maafkan aku teman..

Kerana hati tidak mampu melepaskan..

Kerana diri begitu ego mempertahankan..

Satu rasa yang tiada kesudahan..

kerana jiwa yang ketandusan..


Maafkan aku teman..

tika ada air mata mengalir di pipi..

atas silapku yang berulang kali..

pabila kehendak hati sering membatasi..

pada kasih yang telah lama mati..


Maafkan aku teman..

andai aku telah melukakan..

kerana aku tidak rela untuk kehilangan ..

satu ikatan persahabatan..

yang tiada sempadan..

yang tiada tandingan..


dan..


Terima kasih teman..

atas sokongan yang kau beri...

tika aku rebah ke bumi..

pabila aku terkadang tidak memahami diri..

tika aku menahan tangis di hati..

pabila ego membatasi hati ini..


Terima kasih teman..

aku ada pabila kau memerlukan..

tak kan ku biar kau disakiti..

tak kan ku biar kau menangisi lagi..

tak kan ku biar kau bersendiri..

kerana kau layak menikmati..

bahagia yang hakiki..







0 comments: