Friday, October 9, 2009

kita punya pilihan

Dalam hidup kita punya banyak pilihan..sesekali kita nampak pilihan yg ader adalah yang terbaik untuk diri kita..sesekali pilihan itu menjerut leher kita sendiri..sesekali semua itu nampak biasa..tetapi ia memberi seribu pengertian yang sukar di ungkapkan..manusia pasti melakukan kesilapan dalam hidup..maka dari kesilapan itu kita boleh membetulkan keadaan yang x wajar kita turuti..atau ia x perlu kita lalui..kdg kala kita lupa pabila peluang hanya datang sekali dalam hidup..dan tanpa kita sedar peluang yang ada itu telah kita sia2 kan..alangkah ruginya peluang itu hadir dan berlalu begitu sahaja..
Namun dalam membuat pilihan tidak semudah yang diungkapkan..mereka bisa berkata tetapi yang menaggung rasa adalah kita..bibir mudah mengucap sabar namun hanya hati yang merasainya..seorang pun tidak mengetahui..saat pilihan itu mesti di buat pasti ada hati yang terasa perit..kdg kala kita nampak pilihan itu adalah yg terbaik untuk hidup kita yang akan datang..tetapi entah mengapa hati yang satu enggan menurutinya..bila diri berperang dengan ego, masa yang patut kita nikmati berlalu pergi begitu sahaja..tanpa ada pengisian yang memberi makna untuk hidup..rahsia hati terus menjadi kabur di situ..
Dan aku punya pilihan itu..tapi wajarkah andai pilihan itu telah membuat mereka disekelilingku terasa kecewa.. tidak rela untuk aku kehilangan mereka2 semua yang aku ada dari memilih kehendak hati sendiri miskipun hati terus memberontak untuk dituruti..Aku keliru dalam membuat pilihan..yang pasti hati ini yakin dengan takdirNYA..andai kata pilihan ini tersasar di persimpangan hidup, mungkin jua terkandung 1 hikmah yang x pernah kita jangkakan..kerana setiap langkahku hanya bertunjangkan keyakinan pada YANG DI ATAS SANA...aku yakin denganNYA..

0 comments: