Maafkan aku teman..
Kerana hati tidak mampu melepaskan..
Kerana diri begitu ego mempertahankan..
Satu rasa yang tiada kesudahan..
kerana jiwa yang ketandusan..
Maafkan aku teman..
pabila aku terkadang tidak memahami diri..
tika aku menahan tangis di hati..
pabila ego membatasi hati ini..
Terima kasih teman..
aku ada pabila kau memerlukan..
tak kan ku biar kau disakiti..
tak kan ku biar kau menangisi lagi..
tak kan ku biar kau bersendiri..
kerana kau layak menikmati..
bahagia yang hakiki..