Monday, December 28, 2009

:: Tercari-cari ::


Terkadang teramat sukar untuk kita mengerti apa yg direncanakan untuk kita dalam hidup..terkadang kita sering mempertikaikan itu dan ini..bertanya hal2 yg tiada jawapan yg pasti..mempersoalkan kenapa begitu..kenapa begini..perlukah? berhak kah kita untuk semua itu?

Dalam hidup kita cuma insan yang sering diberikan ujian dan dugaan..sering diuji tahap keimanan dlm menempa ujian yg diberikanNYA..Kita mungkin merasakan kita sangat lemah dlm menghadapi dugaan demi dugaan yg hadir..kita mungkin terduduk menahan tangis..kita mungkin membisu seribu bahasa melayari rasa sakit dan sedih itu sendiri..kita merasakan mengapa kita yg perlu lalui semua ini..saban waktu persoalan itu terus menjadi tanya tanya..

Namun,tidakkah kita terfikir sejenak akan hadirnya pelangi selepas hujan..akan hadirnya siang selepas malam...akan hadirnya terang selepas gelap...pasti yg terjadi terkandung 1001 hikmah tersembunyi..kita hanya merancang..segala2nya DIA yg tentukan...kita diuji kerana DIA tahu kita mmpu menghadapinya..kita diduga kerana DIA sygkn kita..maka kita akan kembali mengingatiNYA.. sujud memohon ketenangan jua kekuatan memikul segala beban dan cabaran..

Yakinilah..selagi ada iman yg teguh..kita tetap akan meredhai setiap yg terjadi..jgn menyesali apa yg terjadi semalam kerana itulah kita begini di hari ini..tiap yang berlaku ada kebaikan tersendiri..kekalkan keihklasn di hati...semoga mentari akan sentiasa menyinari diri..suatu hari pasti hari yg dinanti akan tiba..membuktikan segala-gala yang termaktub dlm suratan Illahi..Aku syukuri...

Ya Rabbal Alamin...

0 comments: