Monday, November 16, 2009

aku hanya diam


Aku hanya diam..
ketika mereka mula bersuara tentang satu rasa..
aku hanya diam..
pabila persoalan hati mula diperkata..
aku hanya diam...
kerana aku tidak mampu bersuara..
kerana aku tidak mampu meluah satu rasa..
yang terpendam di lubuk jiwa..


Persoalan demi persoalan..
hadirnya tanpa satu jawapan..
sulit untuk merungkai kekusutan..
perit untuk melerai satu ikatan..
aku hanya diam...
tunduk merenung satu wajah..
tanpa suara terdengar bisikannya..
tanpa kata-kata terasa getarnya..
hanya hati bisa merasainya..
hanya hati bisa memahaminya..


Aku hanya diam..
tatkala mereka asyik berbicara..
aku hanya diam..
menutup satu rasa..
terpendam di jiwa...
kerana mungkin diamku ini..
bisa membuat mereka lega..
bisa membuat mereka ketawa..
kerana mungkin diamku ini..
bisa membuat satu hati ceria..
bisa mengembirakan satu hati itu dari terluka..
demi untuk meraih satu rasa..


Ya Tuhan..
berikan aku jalan..
tunjukkan aku yang benar..
merungkai segala persoalan..
mencari satu jawapan..
agar pilihan itu tidak tersasar..
jauh dari sesuatu yang pasti..
kerana aku tak bisa meraih bahagia..
andai ada hati yang merintih hiba..
aku mohon..
Ya ALLAH..
berikan aku yang terbaik..

0 comments: