Thursday, August 20, 2009

Duhai hati..

aku termangu sendiri..
lamunan terhenti dek panahan ilusi..
yang nyata aku masih di sini..
dalam khayalan mimpi sendiri..
adakah ia sekadar fantasi..
atau imaginasi ngeri?
aku sendiri tidak pasti...

aku masih di sini..
seolah-olah kaku untuk pergi..
mengapa aku harus ada di sini?
menyeksa hati sendiri..
menikam kalbu bak duri sembilu..
sedang rasa itu sudah lama berlalu..
tika kasih itu sudah tiada di situ..

duhai hati..
mengertilah...
fahamilah...
bahagia itu ada untuk insan yang disakiti..
kerana dia bisa menghargai..
kasih yang abadi..

0 comments: