Thursday, May 27, 2010

::My Readers::

My Readers,

Saat ini dan tika ini apa yang ada di hati kalian???gembira?bahagia??kalau begitu saya doakan ia berkekalan hingga ke akhirnya...

Hati???? Sepi..Kosong...Hilang...

Jarak itu bukan ukuran andai hati ini terusan sebal menolak segala kemungkinan..walau dekat tatkala berhadapan hati tegar merasi kekosongan..jauh dari segala yang ditakdirkan di hadapan..

Hati ini seolah2 mati tanpa perasaan..hati ini hilang tanpa arah walau masih bertatapan...persoalan demi persoalan menerpa ke kotak fikiran...mengapa hati tegar berperasaan sedemikian...Mungkin jua tuhan ada jalan cerita rahsiaNYA tersendiri..

Ini semua tidak ku pinta...aku cuba mencari..aku cuba memenuhi..segala kekosongan yang menerpa saat hati ini begitu sepi..dalam sujud aku memohon secebis harapan untuk jawapan setiap persoalan..aku menadah tangan meminta belas ehsan Ya Tuhan temukan aku dengan jalan lurus di depan...Namun hati tegar merasai kekusutan..Jalan masih kelam dalam terang....gelita dalam cahaya...

Sungguh dan benar...aku tidak minta begini....jauh sekali menanti atau meraih kembali sejarah lama yang terkubur dari zamannya..dalam harapan ku mohon agar aku tidak lagi kembali pada sejarah itu...kerana aku mungkin lagi tidak akan setabah ini untuk merasai kesakitan yang akan datang...tidak mungkin..

Namun terkadang hati terkeliru di persimpangan...Entah mengapa terkadang gerak langkah jua hadirnya aku mendatangkan keresahan...terkadang bingung memikirkan jalan agar aku bisa menyenangkan hati kesemua mereka...melenyapkan rasa gelisah

Aku cuba sedayanya meraih damai di hati..kerana aku tidak mahu gerak langkahku bisa mengguris hati yang lain...entah mengapa jurang itu sukar dilenyapkan..maafi hati ini..kerana hati ini sudah bisu tanpa bicaranya...kelu tanpa bait katanya...

Maka ketahuilah jua..andai DIA YANG DI ATAS SANA, telah mentakdirkan ada jarak yang terpisah antara dua hati yang tetap tinggal di sini..maka masanya tetap akan tiba..pasti akan tiba detik dan ketikanya...siapa??hanya DIA yang tahu jawapannya..ketahuilah..aku tak minta semua ini..aku hanya berusaha meraih damai di hati..tenang di sanubari..itu sahaja!

Alangkah bagusnya andai dapat jurang itu dapat dirobohkan antara kita sesama insan...sangat penat hidup dalam pergolakan perasaan...namun ku tahu jua..x leh nk paksa semua ini...ku doa yg terbaik akan hadir jua...Amin...ku doa bahagia untuk mereka yg memerlukan akan hadir jua...dan pabila tiba masa ingin aku lenyapkan diri dari bumi tuhan ini...agar aku tenang di sana...

kasih sayangku bukan tuk 1 pertaruhan...itu pintaku..maafilah...

Tuesday, May 25, 2010

::Dalam teka teki::


Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan



+++If someone wants to be a part of your life they'll make an effort to be a part of it

+++No mater how painful your decisions have been, as long as you can sleep well, it means that you made the right choice


+++ aku x mudah untuk menyintai +++
+++ aku x mudah mengaku ku cinta +++
+++ aku x mudah mengatakan aku jatuh cinta +++



Sunday, May 23, 2010

::Sweetest Name::


Y : Secretive, mystic, independent.
U : Imaginative, selfless, fearing.
S : Adjustable, friendly, confused.
H : Calm, materialistic, firm.
A : Creativity, initiative, ambitious.
S : Adjustable, friendly, confused.
L : Logical, convincing, active.
I : Sympathetic, loving, sensitive.
Z : Fixed, respected, strong character.
A : Creativity, initiative, ambitious.

Yushasliza tells that Shyness in you always misinterprete by some of your friend. But for your close friends, they know who you really are..
*ciplak dr kuiz FB*


Discovery about my name
::::::::::YUSHASLIZA:::::::::::

YUS = YUSOF a.k.a ABAH
HAS = HASNAH a.k.a MAKDA
LI = ALI & SALINA a.k.a ATOK n MAKSU
ZA = FAIZAH a.k.a MAK

Dolu2 sllu mrajok ngan mak abah..npe nama aku x der maksud..sbb bile cikgu sekolah tnye nama x der maksud pon...huhu..blik sek je nangis2...hahaha..lawak...actt..ini nama yg tercipta disebalik kasih syg kekeluargaan..al maklum la..aku ank first..semua org nk letak nama aku..last2 cari nama gabungan...so tercipta lah...YUSHASLIZA....family paggil KAKAK je...kwn tadika n sek rendah panggil YUS...kwn sek menengah panggil LIZA..tp sue n aisah panggil aku len..maleh nk sebut sni..sebb x best..mane tah dtg name tuh..tp lelame da terbiase diorg pggl gitu..Kwn2 U ada yg panggil LIZZ (my rerumet la nih)...n the lastest sapera panggil aku LIJA..nmpk manje sajork..hahaha...apepun yg di panggil...aku tetap aku...proud to be myself..being gud n positive all the time...FIGHTING!AJA2!:) GODS BLESS ME...

Tuesday, May 18, 2010

::Satu Erti Kasih::


Pada suatu hari di sebuah sekolah, ketika kelas bahasa melayu berjalan, seorang murid bertanya sesuatu pada gurunya. Ketika itu, Cikgu tersebut sedang mngajar tentang kasih sayang..….

Murid:
“Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana jugak kasih sayang tu nak berkekalan?” soal murid tersebut kepada Cikgunya.

Cikgu:
“Erm, kalau kamu nak tahu, kamu kena buat apa yang cikgu suruh."


Murid:
“Kena buat apa cikgu?” tanya murid tersebut kebingungan.


Cikgu :
“Kamu pergi ke padang, kamu berjalan kat padang tu, sambil pandang rumput yang ade di depan kamu. Pilih rumput yang paling cantik yang kamu jumpa, tapi dengan syarat kamu tidak boleh menoleh ke belakang. Ingat tu, tanpa menoleh ke belakang, kamu kena pilih satu sahaja rumput yang paling cantik” arah Cikgu itu kepada muridnya


Walaupun masih kebingungan, murid itu menuruti sahaja arahan Cikgunya tadi. Dengan perasaan ingin tahu, murid tersebut ke padang sekolah yang terletak di depan kelasnya sahaja. Selepas beberapa ketika, murid itu pulang semula ke kelas, namun tiada sehelai pun rumput di tangannya. Lantas Cikgu terus bertanyakan perihal itu kepada muridnya.

Cikgu :
Kenapa tiada rumput yang di pilih?


Murid:
“Tadi semasa saya berjalan, saya cari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak rumput yang cantik, tapi tadi cikgu cakap petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang seperti yang cikgu arahkan tadi. Tapi………”


Cikgu :
“ Tapi apa?” celah Cikgu itu


Murid:
“Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun rumput yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik” terang murid itu kepada Cikgunya.


Cikgu :
“Ya, itulah jawapan bagi soalan kamu tadi” cakap Cikgu tersebut sambil tersenyum sinis.


Setelah melihat muridnya mengaru-garu kepalanya, Cikgu tersebut menerangkan maksud di sebalik apa yang disuruh muridnya lakukan sebentar tadi.

Cikgu:
“Itu maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Dan jangan juga kita menoleh ke belakang lagi kerana apa yang berlaku tetap berlaku, tiada apa yang akan mengubah masa lalu. Apa yang kita mampu ialah berdoa agar apa yang telah berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah orang yang paling cantik dan paling baik, walaupun kalau nak di ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti kisah rumput tadi…....

Monday, May 17, 2010

::Suatu Ketika::


bayangan itu muncul kembali...setelah sekian lama ia menyepi...
pelik....sgt pelik...
masih wujudkan cerita cinta pndg pertama dalam dunia realiti aku??
namanya?
wajahnya?
perihal lakunya?
segala2 tentang dia....
aku tak pernah ambil peduli...
kerana hadirnya dalam iguan cuma...
sedetik hati tercuit dengan ingatan tulus darinya...
namun hati tetap tebal mengunci...
hadirnya singgahan cuma...
wujudnya tiada jejak yg tinggal...
perginya tiada terkesan....
katanya aku lah insan yang singgah dalam kotak hatinya...
detik hatiku seakan mengejek...
kata hatiku menangkis setiap bait ucapannya...
kerana rasa itu tak pernah wujud...
tak pernah hadir..
untuk dia yang wujud dalam ciptaan maya...
berhentilah dari memburu hati ini..
kerana aku lemas dlm kesamaran
aku rimas dalam perasaan...

terima kasih kerana melepaskan...
kerana aku tenang begini..
hati ini damai sejak aku bukan lagi buruan hati itu...


*5 tahun da berlalu...aku da lupa pon...so plisssss!!!

Wednesday, May 12, 2010

::Ukhwah::


Hati ini sudah lama tidak berperasaan..
Kering dan kemarau...
Yang ada sudah pergi...
Yang tiada makin menghilang...
Yang di sisi belum tentu memahami...
Yang faham belum tentu mendengar...
Yang mendengar belum tentu dapat merasai...


"Hai anakku...apabila engkau ingin bersaudara dengan seseorang..buatlah dia marah sebelumnya...Jika dia berlaku bijaksana di waktu marah...maka teruskanlah...Jika tidak jauhilah..[Pesanan Luqman Al Hakim]

Monday, May 10, 2010

::Can i??::

Life ends when u stop dreaming..
Hope ends when u believing...
Love ends when u stop caring..
Friendship ends when u stop sharing..

Apabila Allah kehendaki
Seseorang itu menjadi baik...
Maka..diberikan rezeki berupa
Seorang sahabat yang baik..
Jika ia lupa...
Sahabat itu mengingatkan..
Jika ia ingat...
Sahabat itu membantunya...

Entry tuk mek sapra yg ngah bosan di rumah...jelesssss giler ngan kau tau ngak...hhehhehe..btw...bosan gak nih..sesambil tggu nk lik kijo nih..bebel la jap...huhu...

Liza!!!!berusaha!!!sy skrg adalah kamu yg dolu...dan saya akan berusaha tuk jadi kamu yg skrg...cewah...(betul dok ?bedal la ajoo)...
N others can say n think anything about me...but i know..u know what ever i try to do..what ever i wish to do..what ever i have to do...Tq saf...

huhu..boley kew????HOPEFULLY YES!!!
but...
GODS knows the best 4 me...
Accept all the thing happened in front...

i will...
Think in a better way...what ever happened in front.
Goods or bads..Sad or happy...
always knows GODS wif me...


Aku x minta ape2...
Aku x minta sesiape...
Aku hanya ingin yg terbaik hadir untukku..
dan aku kan berikan yg terbaik untuk itu..

Iringi langkah kaki dengan sekudus doa itu...Amin...

Sunday, May 9, 2010

::Kau Kesayanganku::

KAU KESAYANGANKU...
KAU BUAH HATIKU..
KAU PENDAMPING JIWAKU...
KAULAH PENGUAT SEMANGATKU...

U ARE MY BESTFREN...
U ARE MY EARS..
U ARE MY HEART...

I CAN LOST WHAT EVER THINGS IN TIS WORLD..
BUT NOT U...
I CAN LET GO WHAT EVER THINGS IN MY LIFE...
BUT NOT U...
I CAN STANDS 4 WHAT EVER
HARDEST THINGS THAT GODS GIVE...
BUT I CAN'T STAND TO SEE UR TEARS...
A SMILE FROM U CAN MAKE MY TEARS STOP TOO..

I LUV U...
SO MUCHHHHHHHHH....

SELAMAT HARI IBU
TO
THE GREATEST MUM IN TIS WOLRD...
-FAIZAH BT MOHD ALI-